Selamat Datang..

Selamat Datang ke laman Kyaissan.




Anda sekarang berada di laman yang mana mampu membawa anda ke satu dimensi memudahkan segala urusan anda








Isnin, 12 September 2011

Malaysia- kisah seorang nenek dan tokok tambah cerita

Situasi sebenar : Seorang nenek pegi kedai beli ubi, tiba-tiba dilanggar beca lalu mati di tempat kejadian.

Buletin Utama -Nenek meninggal dunia, pemandu beca dicari

Harian Metro -Hangat! Nenek mati dengan ubi di tangan

Utusan Malaysia/Khairy Jamaluddin -Nenek mati dilanggar beca satu propaganda pembangkang

Harakah -Kami tiada beca

Malaysiakini -Beca langgar lari bukti kerajaan makan rasuah

Obefiend -Nenek meleis mati. Aku suka vodka

Twitter @NajibRazak -Nenek sanggup mati kerana ubi, menunjukkan ubi 1Malaysia berkualiti dan digemari rakyat

Blog Melayu paranoid -Keraguan sijil halal ubi mungkin punca nenek mati dilanggar beca

Ibrahim Ali -Sampai bila kita nak tengok nenek-nenek Melayu mati dilanggar beca akibat ubi orang Cina dan India? Melayu perlu bangun menentang!"

Pancaindera -Kisah nenek dilanggar beca diabadikan dalam filem terbaru David Teo, Beca Gangster

Mastika - Misteri penarik beca: temubual eksklusif dengan hantu ubi

Samy Vellu - "Beca tak bayar tol dicari.!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan