CoRT
CoRT merupakan singkatan bagi perkataan “Cognitive Research Trust”. (CoRT) pada asasnya menggalakkan setiap individu untuk berfikir secara meluas atau mengambil kira semua sudut tidak kira di dalam atau diluar lingkungan yang ada.
Cognitive Research Trust (CoRT) terbahagi kepada tujuh alat-alat berikut :
1) PMI : (Plus, Minus, Interesting)
Kebaikan,keburukan dan menarik.
2) CAF : (Consider All Factors)
Mengambil kira semua faktor
3) C & S : (Consequence Sequal)
Kesan mengikut jangka masa
4) AGO : (Aims, Goals & Objectives)
Tujuan, matlamat dan objektif
5) FIP : (First Important Priorities)
Keutamaan mengikut kepentingan
6) APC : (Alternatives, Possibilities and Choices)
Alternatif, kemungkinan dan pilihan
7) OPV : (Other People’s Views) . Pandangan orang lain.
Soalan A :
seorang ibu berpendapat anak-anaknya terlalu banyak menonton sehingga beliau meletakkan tabung syiling di atas televisyen dan sesiapa yang ingin menonton mesti membayar mengikut jam.Apakah PMI ke atas idea ini?
Ø PMI ialah satu cara bagaimana kita melihat sesuatu idea,pendapat atau saranan yang dikemukakan. Penggunaan PMI akan membantu kita lebih terbuka terhadap sesuatu idea atau isu. Melaluinya juga menolong kita dalam memperluas padangan dan mengelakkan kita daripada dibayangi pemikiran yang sempit dan beremosi.
P - (Plus) Perkara yang difikirkan baik tentang sesuatu idea.
M - (Minus) Perkara yang dirasakan tidak baik tentang sesuatu idea.
I - ( Interesting) Perkara yang menarik tentang sesuatu idea yang mana
tidak boleh digolongkan sebagai plus atau minus.
Dalam membuat keputusan terhadap sesuatu idea itu,adalah lebih bagus jika kita meneliti perkara-perkara baik,tidak baik dan sesuatu yang menarik tentang idea itu dahulu.Seterusnya bolehlah dinilai sama ada idea itu boleh diterima atau tidak.
Berdasarkan pada persoalan berikut dengan berpandukan pada alat PMI,kita boleh memperhalusinya dengan mengambil kira ketiga-tiga faktor tersebut.
Kebaikan:
Banyak kebaikan yang diperoleh jika cadangan tersebut diketengahkan.Antaranya,anak-anak akan merasakan ianya perkara yang melecehkan sehinggakan mereka kurang menonton televisyen.Impaknya,mereka tidak lalai menonton televisyen dan juga tidak lupa akan pelajaran mereka.Selain itu,mereka juga mampu berfikir masa yang terluang tidak boleh disia-siakan dengan perkara yang tidak bermanfaat.Kini,kita juga dapat lihat pelbagai unsur penipuan dan gejala tidak sihat yang dipamerkan di dalam televisyen.Jadi langkah ini memberi ruang kepada anak-anak untuk terpengaruh dengan perkara negatif di dalam televisyen termasuk iklan-iklan yang tidak bermanfaat dan seterusnya tidak terikut-ikut dengan sikap negatif dalam sesuatu rancangan.
Keburukan:
Kalau dilihat dari sudut negatif pula,cara ini sebenarnya menyebabkan minda anak-anak tidak berkembang kerana tidak didedahkan dengan informasi atau maklumat terkini sama ada di dalam atau di luar negara yang berguna untuk pengetahuan mereka.Kalau diteliti,sebenarnya tidak semua rancangan televisyen membawa kepada unsur negatif,ada juga yang memberi manfaat kepada mereka seperti membantu mereka dalam pelajaran.Kalau dibiarkan hal ini berterusan,natijahnya anak-anak tidak dapat mengikuti arus kemodenan dalam dunia yang serba canggih pada hari ini.Anak-anak juga akan dididik dengan sifat tercela seperti mencuri duit
syiling semata-mata untuk mencapai tujuan mereka menonton televisyen jika cara ini dilaksanakan.Ada juga kemungkinan anak-anak yang sanggup berlapar ketika di sekolah semata-mata untuk menyimpan wang saku bagi mencapai hasrat mereka menonton televisyen ketika di rumah .
Keputusan:
Setelah diperhalusi sememangnya jelas dapat dilihat idea ini tidak sesuai kerana banyak menjurus kepada keburkan berbanding kebaikan.Dalam era kemodenan ini,pelbagai informasi dan pendekatan terkini yang boleh diaplikasikan bagi merangsan pemikiran anak-anak melalui televisyen.Ibu bapa boleh menghadkan masa anak-anak mereka menonton televisyen dengan kaedah lain yang lebih sesuai seperti menghalang anak-anak menonton rancangan televisyen yang dirasakan tidak sesuai untuk mereka.
Idea ini tidak sesuai kerana banyak keburukan daripada kebaikan. Dalam dunia yang serba moden ini, banyak informasi atau kaedah terkini yang boleh meransang minda anak-anak melalui telivisyen. Ibu bapa boleh mengurangkan masa anak-anak mereka untuk menonton telivisyen dengan kaedah lain. Contohnya, menyekat rancangan telivisyen yang tidak sesuai ditonton oleh anak-anak. Mereka seharusnya didorong dan dididik untuk menonton rancangan televisyen yang berunsurkan ilmiah atau pengetahuan berguna kepada mereka.
Keputusan:
Setelah diperhalusi sememangnya jelas dapat dilihat idea ini tidak sesuai kerana banyak menjurus kepada keburkan berbanding kebaikan.Dalam era kemodenan ini,pelbagai informasi dan pendekatan terkini yang boleh diaplikasikan bagi merangsan pemikiran anak-anak melalui televisyen.Ibu bapa boleh menghadkan masa anak-anak mereka menonton televisyen dengan kaedah lain yang lebih sesuai seperti menghalang anak-anak menonton rancangan televisyen yang dirasakan tidak sesuai untuk mereka.
Idea ini tidak sesuai kerana banyak keburukan daripada kebaikan. Dalam dunia yang serba moden ini, banyak informasi atau kaedah terkini yang boleh meransang minda anak-anak melalui telivisyen. Ibu bapa boleh mengurangkan masa anak-anak mereka untuk menonton telivisyen dengan kaedah lain. Contohnya, menyekat rancangan telivisyen yang tidak sesuai ditonton oleh anak-anak. Mereka seharusnya didorong dan dididik untuk menonton rancangan televisyen yang berunsurkan ilmiah atau pengetahuan berguna kepada mereka.
Soalan B
Aplikasikan CAF keatas cadangan berkongsi kereta ke tempat kerja.
CAF (Consider All Factors – Mengambil kira Semua Faktor )
Apabila kita terpaksa memilih atau membuat sesuatu, selalunya terdapat banyak
faktor yang harus diambil kira.Kita perlu meninjau semua aspek yang terlibat dengan lengkap dan menyeluruh bagi mengenalpasti sama ada setiap pilihan yang dibuat betul-betul membawa kebaikan.Sekiranya tidak mengambil kira beberapa faktor, pilihan kita mungkin betul pada masa itu tetapi terbukti salah kemudiannya.Apabila meneliti pemikiran orang lain kita boleh melihat faktor-faktor yang telah tertinggal.
Dalam mengaplikasikan konsep CAF terhadap cadangan berkongsi kereta ke tempat kerja,sememangnya banyak faktor yang harus dipandang dari segenap sudut, Dalam hal ini,kita boleh melihat kelebihan atau kekurangan cadangan ini dengan cara membahagikannya dalam beberapa keadaan iaitu berdasarkan faktor-faktor yang perlu diambil kira.
Faktor Sosial
Dari sudut faktor sosial,kita sebenarnya secara tidak langsung dapat merapatkan lagi hubungan silaturrahim dan semangat ukhuwah antara satu sama lain melalui perkongsian kereta.Islam amat menggalakkan penganutnya mengamalkan nilai-nilai murni yang mampu meningkatkan kekukuhan ikatan tali persaudaraan sesama mereka .Selain itu,jika diperhalusi semangat persaudaraan atau kependudukan tanpa mengira kaum dan agama dapat ditingkatkan kerana masing-masing berusaha untuk ke tempat kerja bersama-sama.Hal ini sebenarnya memberi impak positif kepada kita sebagai penduduk di negara ini yang mana hidup berbilang bangsa dalam meningkatkan perpaduan dan kerjasama antara satu sama lain.Namun jika dilihat dari sudut yang lain,sebenarnya perkongsian kereta juga sebenanya menggambarkan perwatakan setiap orang yang mana memberi ruang kepada kita untuk mengenali mereka dengan lebih dekat.Melalui itu juga kita dapat melihat sifat negatif mereka seperti hipokrit dalam berkongsi kenderaan sama ada ikhlas atau tidak yang mana dapat digambarkan melalui gambaran pada wajah mereka.Seterusnya,perasaan curiga juga mungkin sekali berlaku antara satu sama lain ketika berkongsi kereta kerana masing-masing akan menuding jari kepada yang lain ketika musibah atau kesulitan menimpa mereka.Sebenarnya yang jelas dapat dilihat melalui cadangan ini ialah masing-masing tidak mempunyai kebebasan atau privasi ketika berkenderaan kerana terpaksa saling bersetuju dalam memilih atau melakukan apa-apa tindakan.
Faktor Alam Sekitar dan kesesakan
Jika dilihat pada sudut alam sekitar pula,sememangnya cadangan yang diberikan ini mampu untuk mengurangkan kadar pencemaran negara terutama sekali pencemaran bunyi dan udara bawaan kenderaan seperti kereta,lori dan motosikal.Kekurangan kenderaan kesan daripada perkongsian kereta sebenarnya mengurangkan lagi masalah pencemaran ini ke tahap minima.Selain itu,secara tidak langsung ianya dapat menangani masalah kesesakan jalan raya yang melampau terutama sekali waktu puncak.Kekurangan kenderaan yang bergerak di atas jalan raya membolehkan setiap orang dapat melakukan aktiviti rutin harian mereka dengan lancar dan cepat tanpa kekangan masa yang amat terhad dek kesesakan lalu -lintas.Tambahan pula ,kadar kemalangan jalan raya di negara ini dapat dikurangkan dan kebarangkalian berlaku kemalangan akan berkurangan.Melalui kaedah ini sebenarnya dapat membantu negara mengurangkan statistik kematian penduduk.Kesannya, rakyat dapat merasai keselesaan ketika memandu di jalan raya.
Faktor kewangan/keselesaan
Kesan daripada cadangan tersebut sebenarnya membantu setiap pengguna berjimat dalam penggunaan petrol.selain itu,kos bagi penggunaan petrol menjadi rendah kerana masing-masing berkongsi bayaran dalam penggunaan petrol.Sememangnya langkah ini dapat membantu setiap orang berjimat dalam urusan kewangan mereka tanpa mengeluarkan peruntukan yang banyak semata-mata untuk bahan api ini.Namun,jika dilihat dari sudut yang lain sebenarnya memungkinkan penggunaan kenderaan awam dalam kalangan penduduk semakin berkurang dan tidak mendapat sambutan kerana masing-masing berkongsi kereta ke destinasi yang sama yang mana jika dibandingkan lebih baik daripada menggunakan pengangkutan awam.Dari segi keselesaan sememangnya amat mengganggu kerana pertambahan penumpang memadatkan lagi kapasiti ruang yang ada dan membawa ketidakselesaan kepada setiap daripada mereka kerana terpaksa berhimpit ketika di dalam kereta untuk ke tempat kerja.
Konklusinya, setelah dikaji,diteliti,difahami dan diambil kira kesemua faktor yang ada,kita boleh membuat perbandingan yang manakah sebenarnya membawa kepada lebih keuntungan dan kesan yang positif berbanding negatif.Kita juga boleh membuat pertimbangan yang sewajarnya dalam menentukan pilihan terbaik .Setelah diperhalusi,sememangnya cadangan berkongsi kereta ke tempat kerja adalah satu pilihan yang tepat kerana membawa kepada banyak kebaikan kepada semua.
Soalan F :
Jika ibu bapa boleh memilih sifat-sifat guru untuk anak-anak mereka,apakah lima sifat yang paling penting yang perlu dipertimbangkan?Aplikasikan FIP untuk soalan ini.
FIP ( First,Important,Priorities) membawa maksud keutamaan mengikut kepentingan.Alat berfikir ini sebenarnya mengambil kira kesemua perkara penting sahaja dalam menentukan priority (keutamaan) serta mengelakkan perkara yang tidak patut atau kurang penting.Oleh itu,fokus harus diutamakan mengikut tahap kepentingan sesuatu perkara.
Menjadi seorang guru sememangnya memerlukan sifat-sifat yang mana sesuai dengan jiwa seorang pendidik.Sifat-sifat mulia seorang guru yang membawa kepada didikan dari segi sahsiah diri dan akhlak sememangnya amat sesuai untuk dipraktikkan dalam diri setiap insan. Dalam hal ini,pelbagai sifat guru yang boleh dipraktikkan oleh ibu bapa terhadap anak mereka dalam membentuk mereka menjadi anak yang taat dan berguna.
Terdapat pelbagai sifat guru yang boleh dicontohi,antaranya:

Namun,jika dilihat pada kepentingannya,terdapat lima sifat yang harus diberi keutamaan.
Amanah
Sudah menjadi amanah seseorang guru itu untuk menyampaikan imu kepada anak didiknya.Sifat ini sememangnya tidak boleh lari dari jiwa seorang guru kerana mereka semestinya sudah diamanahkan untuk melahirkan pelajar-pelajar yang berilmu dan berpengetahuan.Sifat ini sebenarnya satu jaminan kepada seorang guru untuk melaksanakan sesuatu tugasan dengan penuh berdedikasi,tekun dan bersungguh-sungguh.Amanah ini juga sememangnya satu sifat yang mana melahirkan kepercayaan orang lain terhadap seseorang.Jika dilihat pada sudut yang lain,semua orang seharusnya menyemai sifat amanah ini dalam diri mereka kerana kepentingannya dalam mendidik diri menjadi manusia yang benar-benar komited dengan segala apa yang dikerjakan.Selain itu,untuk melahirkan jati diri dalam diri seseorang,besikap amanah adalah satu perkara yang harus diutamakan.
Penyabar
Bersikap penyabar amatlah penting dalam diri setiap insan untuk membentuk sahsiah terpuji dalam diri.Seorang guru disarankan untuk bersabar dengan kepelbagaian karenah anak didiknya ketika di sekolah manakala ibu bapa harus bersabar dengan tingkahlaku anak-anak mereka ketika di rumah.Dalam hal ini,sememangnya bersifat penyabar penting dan harus diutamakan untuk melatih diri menerima apa jua kesulitan atau keadaan dengan hati yang terbuka.
Berdisiplin
Satu lagi sifat yang harus dititikberatkan ialah berdisiplin.Berdisiplin dengan diri sendiri mahupun dengan orang lain semestinya mendidik diri kita menjadi lebih berketrampilan.Bagi seorang guru,disiplin diri amatlah penting untuk menggambarkan jiwa seorang guru yang mana sentiasa patuh dengan masa dan keadaan.Seseorang guru itu merupakan role-model kepada setiap pelajar di sekolah,oleh itu disiplin diri amatlah penting bagi menonjolkan perwatakan yang baik dalam mendidik pelajar secara tidak langsung.
Penyayang
Antara sifat lain yang perlu diutamakan ialah penyayang.Menjadi lumrah manusia untuk mempunyai nilai mulia ini.Mereka yang benar-benar penyayang adalah yang mengasihi semua orang tanpa mengaharapkan balasan.Dalam konteks seorang guru,mereka haruslah menyayangi dan mengganggap anak muridnya persis anak atau adik mereka sendiri untuk merapatkan lagi hubungan disamping menterjemahkan rasa tanggungjawab dalam diri mereka.Seseorang harus bersifat penyayang untuk disayangi oleh orang lain.
Bertanggungjawab
Setiap pekerjaan yang dilaksanakan seharusnya dipenuhi dengan rasa tanggungjawab yang tinggi dalam diri setiap insan.Seorang guru sememangnya dibebani dengan tanggungjawab yang berat untuk melahirkan pelajar yang celik ilmu pengetahuan.Setiap guru haruslah mempunyai sifat ini agar tiada keciciran pelajar dalam pelajaran ketika di sekolah.Sifat seperti ini sebenarnya mendorong seseorang itu lebih berusaha ke arah pembaikan dalam diri masing-masing.
Setelan membuat kajian,penyelidikan,dan meminta pandangan ibu bapa pihak lain,sememangnya pemilihan sifat-sifat tersebut harus diutamakan atas kepentingannya melebihi sifat yang lain.Selain itu,sifat ini dipilih atas dasar rasionalnya yang yang mana lebih diutamakan berbanding yang lain.
REFLEKSI
Bersyukur saya kehadrat Ilahi kerana akhirnya dengan usaha yang berterusan,Kerja Kursus Berasaskan Ilmu bagi subjek Kemahiran Berfikir ini dapat saya laksanakan dengan sempurna dan jayanya.Semestinya pelaksaan tugasan KKBI ini memberi saya serba sedikit manfaat yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan harian dan juga sedikit kesulitan yang mana secara tidak langsung mematangkan lagi daya pemikiran saya.
Manfaat yang telah saya perolehi melalui pelaksaan tugasan ini ialah dapat didedahkan dengan ketujuh-tujuh alat-alat CoRT yang mana dapat membantu saya mengaplikasikannya dalam kehidupan kelak.Sememangnya tugasan yang diberikan ini banyak membantu saya membuat pilihan dan berfikir dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan.Selain itu,saya dapat didedahkan dengan prinsip-prinsip penyediaan peta minda berpandukan Tony Buzan.Ianya banyak membantu saya dalam mempermudahkan kefahaman melalui ringkasan peta minda tersebut.Tambahan pula saya di ajar untuk berdisiplin,bertanggungjawab serta patuh dengan tempoh tugasan yang diberikan agar semua yang dirancang dapat dilaksanakan dengan sempurnanya.
Selain faedah ,saya juga berhadapan dengan sedikit kesulitan yang mana mencacatkan sedikit proses pelaksanaannya.Antaranya,kekangan masa yang dihadapi kerana terpaksa menghasilkan tugasan yang lain pada waktu yang sama.Namun begitu ianya tidak menghalang saya untuk menghasilkan tugasan ini dengan sempurna dan jayanya.Segala ujian yang terpaksa ditempuhi dalam usaha pelaksanaannya saya hadapi dengan tabah dan sabar.
SOALAN 1
SOALAN 2
Tiada ulasan:
Catat Ulasan