TOKOH PENDIDIKAN MALAYSIA YANG DIKENANG SEPANJANG ZAMAN..

Bekas Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia ke-3

Allahyarham Tan Sri Murad bin Mohd Noor

LATAR BELAKANG HIDUP
LATAR BELAKANG HIDUPØ Tan Sri Murad bin Mohd Noor telah selamat dilahirkan di Penaga,Seberang Perai,Pulau Pinang pada tarikh keramat 10 April 1930.Anak kepada Haji Mohd Noor dan Che Kah binti Hashim ini merupakan anak sulung daripada tujuh adik-beradik.
Ø Beliau mempunyai dua orang isteri iaitu Puan Sri Azizah Aiyub Ghazali dan Maimunah Abdul Hamid.Hasil daripada perkongsian hidup bersama dua isteri,beliau dikurniakan beberapa orang anak.Antaranya Dr.Shanaz yang merupakan anak sulung dan Jit Murad yang juga adalah pelakon tanah air.
Ø Beliau merupakan bekas Pengarah pendidikan Negara dari tahun [1976-1985]. Sepanjang hidup beliau,pelbagai jasa dan sumbangan telah dicurahkan dalam sistem pendidikan Negara dalam memartabatkan pendidikan Negara.Beliau juga merupakan orang yang disenangi dan mudah didekati kerana perwatakannya yang menarik.
Ø Beliau telah kembali ke rahmatullah pada 22 Januari 2008 ketika berumur 78 tahun di Pusat Perubatan Gleneagles Intan, Ampang, Selangor akibat jangkitan paru-paru . Jenazah beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Masjid Penaga, Kepala Batas , Seberang Perai Utara , Pulau Pinang. Jenazah beliau telah disembahyangkan di Masjid Damansara, kemudian dibawa ke Penaga dengan kereta jenazah Yayasan Al Bukhari.
Ø Antara kenamaan yang hadir pada hari kematiaannya ialah Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan penaga, Datuk Azhar Ibrahim, bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Osman Aroff dan Mufti Pulau Pinang Datuk Hassan Ahmad.
Ø Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar bagi warga pendidik di negara ini khususnya dalam bahagian Kementerian Pelajaran Malaysia kerana jasa dan pengorbanannya yang banyak dalam memperjuangkan pendidikan negara.Beliau merupakan aset negara yang tidak ternilai yang meninggalkan seribu satu kenangan dan sumbangan kepada negara.Jasa beliau akan senantiasa dihargai dan dikenangi sepanjang zaman.

LATAR BELAKANG PENDIDIKAN
LATAR BELAKANG PENDIDIKANBeliau telah mendapat pendidikan asas di Sekolah Menengah Ibrahim di Sungai Petani, Kedah.beliau kemudiannya meneruskan pelajaran memasuki Kolej sultan Abdul Hamid di Alor Setar dan menyambung pelajarannya di Universiti Malaya pada 1970-an. Beliau merupakan lulusan lulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) dan Diploma dalam Pendidikan dari Universiti Malaya.Beliau merupakan anak Melayu pertama memperoleh Diploma pendidikan Universiti Malaya,Singapura. Antara senior beliau ketika itu ialah Prof Emeritus Datuk Dr Khoo Kay Kim.
Beliau memulakan kerjayanya sebagai guru di Kolej Sultan Abdul Hamid,dan pernah menjadi Pengetua di Sekolah Tunku Abdul Rahman (STAR) Ipoh pada tahun 1960.Ketika berkhidmat sebagai guru di Kolej sultan Abdul Hamid,1958,beliau mengajar matapelajaran Bahasa Melayu Tingkatan Satu tanpa Buku teks sebagai bahan rujukan,malah tidak pernah dilatih sebagai guru subjek itu.Beliau telah melanjutkan pelajaran di Universiti Reading,England dibawah tajaan Rancangan Colombo dua tahun selepas berkhidmat sebagai pengetua Sekolah Tunku Abdul Rahman [STAR].
Ketika berusia 32 tahun,beliau dilantik sebagai Pengarah Pelajaran Pahang iaitu antara yang termuda pernah menduduki jawatan Pengarah Pelajaran ketika itu.Beliau juga pernah bertugas sebagai pengarah Pelajaran Kelantan.Ketika menjadi Pengarah Pelajaran Kelantan,beliau melaksanakan pengambilalihan sekolah agama rakyat dan menjadikannya sekolah kebangsaan.Beliau juga melaksanakan Operasi Sedar bagi mengatasi keciciran murid luar Bandar yang disebabkan kemiskinan tegar.
Pada tahun 1976,beliau diberi amanat berkhidmat sebagai Ketua Pengarah Pendidikan serta berpengalaman bertugas dibawah empat Menteri Pelajaran. Ketika Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menjadi Menteri Pendidikan,beliau telah melancarkan program yang dikenali sebagai Rancangan Integrasi Mudid untuk Perpaduan [RIMUP].
Selepas bersara pada tahun 1985,beliau terus menyumbang khidmat dengan dilantik pelbagai jawatan tinggi,antaranya Pengerusi Jawatankuasa mengkaji Dasar Pelajaran Kebangsaan,Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Pendidikan Sultan idris,Pengerusi Lembaga Pengarah Kolej Antarabangsa Inti di Pulau Pinang dan Pengerusi Lembaga Pengarah Kolej Muzik Antarabangsa.Sumbangan yang telah dicurahkan oleh beliau dalam sistem pendidikan Negara terlalu banyak untuk dihitung.

TAN SRI MURAD MEMANTAPKAN PENDIDIKAN NEGARA
TAN SRI MURAD MEMANTAPKAN PENDIDIKAN NEGARATan Sri Murad Mohd Noor yang dilantik sebagai Ketua Pengarah Pelajaran ketiga pada usia 46 tahun selepas penyandang pertama dan kedua jawatan itu iaitu Aminuddin Baki dan Tun Dr Hamdan Sheikh Tahir, menyumbang banyak jasa ke arah memesatkan sektor pendidikan negara. Ketika diserahkan amanah itu pada Februari 1976, beliau menggalas tanggungjawab besar menentukan kemantapan dan kelancaran pelaksanaan sistem pendidikan kebangsaan pada fasa awal kemerdekaan negara. Agenda besar untuk memastikan ‘survival’ tanah air menerusi kemajuan pendidikan selepas zaman penjajahan, mendorong beliau bekerja keras mengharungi segala cabaran.
Sebagai pegawai kanan pengurusan tertinggi Kementerian Pelajaran pada masa itu,Tan Sri Murad memainkan peranan cukup berat memastikan kejayaan pelbagai projek dan juga usaha merealisasikan aspirasi pendidikan negara berpandukan Laporan Razak. Antara fokus paling kritikal ialah usaha pemantapan sistem pendidikan dan kurikulum kebangsaan pada era pasca merdeka masih ‘hijau’ tetapi nyata mendapat sepenuh komitmen daripada beliau bersama jentera pentadbirannya. Bagi menangani segala proses pembangunan terbabit dengan berkesan, beliau adalah antara pendukung utama inisiatif menghantar pegawai pendidikan menjalani latihan serta memperoleh pendedahan kemahiran dan kepakaran di luar negara untuk faedah jangka panjang.
Langkah memantapkan pelaksanaan pendidikan menengah turut menjadi misi penting yang secara langsung menuntut pengisian lebih ramai tenaga pengajar terlatih di sekolah berkenaan. Berikutan keperluan itu, maktab perguruan diperbesar dan pengambilan calon guru ditingkatkan. Bukan itu saja, peningkatan keperluan lebih banyak bilik darjah dan sekolah di seluruh negara meliputi kedua-dua kawasan bandar dan luar bandar bagi menampung perkembangan arena pendidikan nasional, membawa kepada kepesatan pembangunan infrastruktur berkaitan.
Rakan seangkatan Tan Sri Murad yang juga menyusul sebagai Ketua Pengarah Pelajaran keempat, Tan Sri Dr Abdul Rahman Arshad, berkata: “Semua agenda itu memerlukan perancangan rapi dan strategi pelaksanaan yang berkesan.Beliau bukan saja mencurahkan 100 peratus komitmen, malah memiliki penghayatan serta kecintaan mendalam terhadap tanggungjawab berkenaan.
Tan Sri Murad seorang yang cekap, mempunyai visi serta pandai ‘mengambil hati’ kakitangan bawahannya untuk sama-sama bergembleng tenaga, bekerja keras dan berjuang membangunkan bidang pendidikan Negara. Hakikatnya sejak menyertai perkhidmatan pendidikan pada 1957, ketokohan beliau dalam bidang pendidikan terus terserlah. Bermula dengan tugas sebagai guru di Kolej Sultan Abdul Hamid, Jitra, Kedah, beliau kemudian dilantik ke jawatan Pengetua Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh, pada 1960. Pada 1962, beliau mengikuti pengajian Diploma Pendidikan dan Pentadbiran di University of Reading, United Kingdom, di bawah tajaan Skim Kerjasama Teknikal Rancangan Colombo. Apabila kembali, beliau dilantik sebagai Pengarah Pelajaran Pahang dari Ogos 1963 hingga 1964, sebelum menjadi Pengarah Pelajaran Kelantan sehingga 1967. Ketika di Kelantan, Murad melaksanakan usaha pengambilalihan sekolah agama rakyat dan menjadikannya sekolah kebangsaan.
Selepas menyandang beberapa jawatan kepemimpinan lain di kementerian itu, beliau menduduki kerusi Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran pada Julai 1972. Empat tahun kemudian, Beliau dilantik sebagai Ketua Pengarah Pelajaran ketiga. Sepanjang tempoh perkhidmatannya, keupayaan dan ketokohannya cukup terserlah, sekali gus sering diberi kepercayaan untuk memikul pelbagai tugasan berat.
Antaranya, beliau mengambil langkah berani melancarkan ‘Operasi Sedar’ untuk mengatasi keciciran murid di luar bandar akibat kemiskinan tegar pada 1969. Hasil kajian itu yang dikenali sebagai ‘Laporan Murad’ disifatkan sebagai pembuka mata yang berjaya mengenal pasti punca serta langkah menangani masalah keciciran murid di luar bandar. Malah, laporan pada 1973 itu turut membawa kepada pelaksanaan Skim Pinjaman Buku Teks mulai 1975 serta projek Amalan Makanan dan Pemakanan (1976), pemberian biasiswa atau dermasiswa dan juga Rancangan Sekolah Bercantum.
Selain itu,Tan Sri Murad adalah antara yang bertanggungjawab merangka serta melaksanakan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) pada 1971, di samping terbabit dalam usaha kerajaan menubuhkan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada Mei 1983. Komitmen dan kecintaan beliau terhadap bidang pendidikan negara tidak terbatas dalam tempoh perkhidmatan saja. Selepas bersara pada 10 April 1985, beliau terus berkecimpung secara aktif dengan memegang pelbagai jawatan tertinggi di organisasi awam dan swasta.
Antara lain, beliau dilantik sebagai Pengerusi Taylor’s College Sdn Bhd pada 1985, Pengerusi Perbadanan Pembangunan Bandar (1985), Pengerusi Lembaga Penyelidikan dan Pembangunan Perhutanan Malaysia (1985), Pengerusi International College of Music (1995) serta Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Pendidikan Sultan Idris (2000). Pengalaman luas dimiliki menyebabkan Tan Sri Murad sering menjadi pilihan rujukan kerajaan dalam menangani pelbagai isu penting berkaitan pendidikan, termasuk pernah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Suruhanjaya Diraja Inkuiri Keselamatan Sekolah serta Pengerusi Jawatankuasa Khas bagi mengkaji isu pendidikan Islam dan juga fungsi sekolah agama rakyat.

JASA DAN SUMBANGAN TAN SRI MURAD
JASA DAN SUMBANGAN TAN SRI MURAD
· Beliau menjadi Ketua Pengarah Pelajaran (1976-1985) ketika Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menjadi Menteri Pelajaran Malaysia.Antara program yang dilancarkan ialah Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP).
· Laporan Murad pula bertujuan mencari punca keciciran pelajaran dan mengemukakan cadangan untuk dilaksanakan. Ketika itu beliau menjadi Pengarah Perancangan dan Penyelidikan Pelajaran, Kementerian Pelajaran.
· Tahun 1983 Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) diperkenalkan bagi mengatasi masalah 3M iaitu membaca, menulis dan mengira
· Beliau turut memberi sumbangan bermakna dalam penyediaan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP).
· Tan Sri Murad juga prihatin terhadap nasib sekolah agama rakyat. Beliau turut memberi beberapa cadanngan bagi meningkatkan mutu pendidikan Sekolah Agama Rakyat. Kebanyakan sekolah agama rakyat telah diambilalih oleh Kementerian Pelajaran untuk dijadikan Sekolah Kebangsaan kerana keadaannya begitu daif.
· Beliau banyak menyumbangkan idea mengenai isu pertukaran bahasa dan perubahan dalam sukatan pelajaran. semasa bertugas di Kementerian Pelajaran banyak melaksanakan pelbagai perubahan dalam sistem pendidikan Negara.
· Beliaulah yang memulakan apa-apa dasar, pembaharuan dan berjumpa pemimpin kesatuan dan meminta bekerjasama rapat dengan NUTP.
· Beliau juga banyak bekerjasama dengan NUTP antaranya menyampaikan ucaptama dalam seminar-seminar pendidikan serta menghasilkan pelbagai kertas kerja untuk dikemukakan kepada kementerian.
· Antara jawatan terakhir beliau ialah Pengerusi Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak . Selepas bersara pada 1980-an, beliau menjadi pengerusi Majlis Universiti USM..Beliau juga pernah menjadi Naib Presiden Universiti Islam Antarabangsa dari 1992 hingga 1995.
· Berwawasan dan berpandangan jauh seperti bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir
· Membangunkan pelbagai program pendidikan, dan antaranya digunakan sehingga hari ini seperti rancangan integrasi murid untuk perpaduan.

Saranan dan Pandangan Tan Sri Murad

Saranan dan Pandangan Tan Sri Murad
Antara saranan dan pandangan beliau ialah :
- Menyokong agar mata pelajaran Kesusasteraan Melayu dikaji semula bagi memantapkan silibus sedia ada. Persaingan bidang teknologi maklumat (IT) yang semakin canggih, minat para pelajar untuk membaca semakin merosot.
- Syarat bahasa Mandarin yang dikenakan oleh syarikat swasta tidak relevan dalam pengambilan pekerja kerana aspek kepakaran merupakan faktor penting dalam menilai kebolehan pekerja. Aspek bahasa bukannya satu perkara yang relevan dalam menilai kebolehan pekerja kerana kepakaran mereka (pekerja) yang patut dinilai. Kepakaran yang dimiliki akan meningkatkan produktiviti.
Penghargaan atas jasa dan sumbangan

Penghargaan atas jasa dan sumbangan
Ketokohan beliau ternyata mendapat pengiktirafan bukan saja di dalam, bahkan di luar negara.
v Beliau menerima Ijazah Doktor Kehormat (Persuratan) daripada University of Reading pada 1990, disusuli Ijazah Doktor Kehormat (Pendidikan) daripada Universiti Sains Malaysia (1992), Universiti Pendidikan Sultan Idris (1999) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (2000).
v Beliau juga menjadi penerima sulung Anugerah Khas Menteri Pelajaran Untuk Kepemimpinan Pendidikan yang disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, sempena sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2004. Anugerah julung kali itu adalah pengiktirafan tertinggi Kementerian Pelajaran khusus kepada pengurus dan pentadbir pendidikan.
v Taman Penyelidikan di USM akan dinamakan sebagai Taman Penyelidikan Tan Sri Murad Mohamed Noor.

KESIMPULAN
KESIMPULANKewibawaan dan ketokohan Allahyarham Tan Sri Murad sepanjang hidupnya memang tidak dapat dinafikan.Sepanjang hidupnya,pelbagai sumbangan telah dicurahkan kepada negara lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan pendidikan.Sesungguhnya,pemergian beliau merupakan satu kehilangan paling besar dalam cabang pendidikan negara.Satu transformasi yang telah dilaksanakan oleh beliau sepanjang berkhidmat dalam pendidikan negara melambangkan komitmen dan kesungguhan yang tinggi dalam dirinya dalam memajukan bangsa melayu yang mengalami kemunduran dalam arena pendidikan.Oleh sebab itu,pelbagai langkah telah dilaksanakan oleh beliau dalam meningkatkan mutu dan tahap pendidikan negara .Antaranya yang kita sedia maklum iaitu;
Laporan murad yang menjadi lambang kepada tahap pendidikan negara agar tidak ada golongan yang tercicir dalam pendidikan.
Tan Sri Murad adalah ikon pendidik negara kerana kejayaannya dalam membentuk bangsa yang berpendidikan disamping keupayaannya melahirkan sebuah institusi pendidikan negara yang berjaya dan dikenali oleh dunia luar.
Oleh sebab itu,segala pengorbanan dan jasa yang disumbangkan oleh beliau haruslah diingati dan dikenangi oleh kita semua sebagai generasi seterusnya yang bakal meneruskan agenda pendidikan negara agar bergerak seiring dengan kemajuan negara seperti yang telah dilaksanakan oleh Tan Sri Murad.
Tan Sri Murad adalah role model kepada kita semua dan usahanya memacu kemajuan dalam arena pendidikan negara disamping membendung keciciran dalam pendidikan haruslah diteruskan dan dilaksanakan agar matlamat untuk melahirkan bangsa berpendidikan dapat direalisasikan..

REFLEKSI
REFLEKSIAlhamdulillah,bersyukur saya kehadrat Ilahi kerana dengan limpah rahmat dan kurnianya,saya akhirnya dapat laksanakan Kerja Kursus pendek [KKP] bagi subjek Kemahiran Belajar ini dengan jayanya.Pada tanggal 27 September 2010,satu taklimat mengenai [KKP] Kemahiran Belajar telah diberikan oleh pensyarah bertugas yang dihadiri oleh saya dan beberapa buah kelas yang terlibat.Kami telah diberi taklimat yang lengkap mengenai tugasan yang diberikan.
Dalam usaha untuk melaksanakan [KKP] ini,saya telah diuji dengan 1001 macam kesulitan disamping manfaat-manfaat yang diperoleh melaluinya.Antara manfaat yang diperoleh ialah saya dapat mengenali dengan lebih dekat mengenai tokoh perbahasan saya ini iaitu Allahyarham Tan Sri Murad.Proses menghasilkan [KKP] ini membawa saya mendekati tokoh mantan KKPM ini.Beliau adalah bekas KPPM yang disegani dan dihormati semua.Di samping itu,saya juga dapat membentuk diri berdisiplin dengan masa melalui tugasan yang diberikan ini kerana tempoh masa yang diberikan amat singkat dan memerlukan komitmen yang tinggi dalam diri.Seterusnya,saya dapat melatih diri bersungguh-sungguh dalam melaksanakan tugasan ini agar ianya lebih lengkap dan sempurna.
Kurangnya sumber rujukan antara kesulitan yang terpaksa saya hadapi.Tidak semua pusat sumber menyediakan sumber yang dikehendaki dan oleh sebab itulah pelbagai alternatif lain diperlukan dalam memperoleh sumber rujukan sebagai fakta kepada saya mengenai tokoh yang diperbahaskan.Oleh kerana kesusahan yang dihadapi,saya terpaksa mencari sumber lain seperti internet dan jurnal mengenai kehidupan Tan Sri Murad.
Di samping itu,pertindihan tarikh penghantaran [KKP] ini bersama tugasan lain menambahkan lagi kesulitan dalam diri saya kerana terpaksa menghantar kedua-duanya serentak pada tarikh yang sama.Oleh sebab itu,perancangan yang berkesan dalam membahagi waktu bagi menyiapkan [KKP] ini dan tugasan lain amatlah dititikberatkan oleh saya untuk mengelakkan dari berlakunya permasalahan.
Akhir sekali,[KKP] yang diberikan ini membantu saya berusaha dalam menghasilkan satu tugasan yang sempurna.Ianya juga adalah langkah awal kepada saya dalam mengasilkan [KKP] lain yang lebih mencabar minda kelak.
RUJUKANBUKU
1. Tokoh-tokoh guru Nusantara,universiti Pendidikan sultan Idris
INTERNET
5. http://ww1.klpos.com/klpos/index2.php?option=com_content&task=view&id=2197&pop=1&page

LAMPIRAN

assalam :) mintak keizinan untuk guna ilmu diatas yee... :)
BalasPadamt.kasih :)