Selamat Datang..

Selamat Datang ke laman Kyaissan.




Anda sekarang berada di laman yang mana mampu membawa anda ke satu dimensi memudahkan segala urusan anda








Jumaat, 8 April 2011

Isnin, 4 April 2011

CoRT- KBF


CoRT
CoRT merupakan singkatan bagi perkataan “Cognitive Research Trust”. (CoRT) pada asasnya menggalakkan setiap individu untuk berfikir secara meluas atau mengambil kira semua sudut  tidak kira di dalam atau diluar lingkungan yang ada.

Cognitive Research Trust (CoRT)  terbahagi kepada tujuh alat-alat berikut :

1)    PMI : (Plus, Minus, Interesting)
                    Kebaikan,keburukan dan menarik.

2)    CAF : (Consider All Factors)
                      Mengambil kira semua faktor

3)    C & S : (Consequence Sequal)
                        Kesan mengikut jangka masa

4)    AGO : (Aims, Goals & Objectives)
                      Tujuan, matlamat dan objektif

5)    FIP : (First Important Priorities)
                    Keutamaan mengikut kepentingan

6)    APC : (Alternatives, Possibilities and Choices)
                      Alternatif, kemungkinan dan pilihan

7)    OPV : (Other People’s Views)                                                                                                                                                                                                                  .          Pandangan orang lain.                                                                                                                        

Soalan A :

seorang ibu berpendapat anak-anaknya terlalu banyak menonton sehingga beliau meletakkan tabung syiling di atas televisyen dan sesiapa yang ingin menonton mesti membayar mengikut jam.Apakah PMI ke atas idea ini?

Ø  PMI ialah satu cara bagaimana kita melihat sesuatu  idea,pendapat  atau saranan yang dikemukakan. Penggunaan PMI akan membantu kita lebih terbuka terhadap sesuatu idea atau isu. Melaluinya juga  menolong kita dalam memperluas padangan dan mengelakkan kita daripada dibayangi pemikiran yang sempit dan beremosi.

P -        (Plus) Perkara yang difikirkan baik tentang sesuatu idea.
M -       (Minus) Perkara yang dirasakan tidak baik tentang sesuatu idea.
I -         ( Interesting) Perkara yang menarik tentang sesuatu idea yang mana
             tidak boleh digolongkan sebagai plus atau minus.

Dalam membuat keputusan terhadap sesuatu idea itu,adalah lebih bagus jika kita meneliti perkara-perkara baik,tidak baik dan sesuatu yang menarik tentang idea itu dahulu.Seterusnya bolehlah dinilai sama ada idea itu boleh diterima atau tidak.




Berdasarkan pada persoalan berikut  dengan berpandukan pada alat PMI,kita boleh memperhalusinya dengan mengambil kira ketiga-tiga faktor  tersebut.

Kebaikan:
Banyak kebaikan yang diperoleh jika cadangan tersebut  diketengahkan.Antaranya,anak-anak akan merasakan ianya perkara yang melecehkan sehinggakan mereka kurang menonton televisyen.Impaknya,mereka tidak lalai menonton televisyen dan juga  tidak lupa akan pelajaran mereka.Selain itu,mereka  juga mampu berfikir masa yang terluang tidak boleh disia-siakan dengan perkara yang tidak bermanfaat.Kini,kita juga dapat lihat pelbagai unsur penipuan dan gejala tidak sihat yang dipamerkan di dalam televisyen.Jadi langkah ini memberi ruang kepada anak-anak untuk terpengaruh dengan perkara negatif di dalam televisyen termasuk  iklan-iklan yang tidak bermanfaat dan seterusnya tidak terikut-ikut dengan sikap negatif dalam sesuatu rancangan.

Keburukan:
Kalau dilihat dari sudut negatif pula,cara ini sebenarnya menyebabkan minda anak-anak tidak berkembang kerana tidak didedahkan dengan informasi atau maklumat terkini sama ada di dalam atau di luar negara yang berguna untuk pengetahuan mereka.Kalau diteliti,sebenarnya tidak semua rancangan televisyen membawa kepada unsur negatif,ada juga yang memberi manfaat kepada mereka seperti membantu mereka dalam pelajaran.Kalau dibiarkan hal ini berterusan,natijahnya anak-anak tidak dapat mengikuti arus kemodenan dalam dunia yang serba canggih pada hari ini.Anak-anak  juga akan dididik dengan sifat tercela seperti mencuri duit

syiling semata-mata untuk mencapai tujuan mereka menonton  televisyen jika cara ini dilaksanakan.Ada juga kemungkinan anak-anak yang sanggup berlapar  ketika di sekolah semata-mata  untuk menyimpan wang saku  bagi mencapai hasrat mereka menonton televisyen ketika di rumah .


Keputusan:

Setelah diperhalusi sememangnya jelas dapat dilihat  idea ini tidak sesuai kerana banyak menjurus kepada keburkan berbanding kebaikan.Dalam era kemodenan ini,pelbagai informasi dan pendekatan terkini yang boleh diaplikasikan bagi merangsan pemikiran anak-anak melalui televisyen.Ibu bapa boleh menghadkan masa anak-anak mereka menonton televisyen dengan kaedah lain yang lebih sesuai seperti menghalang anak-anak menonton rancangan televisyen yang dirasakan tidak sesuai untuk mereka.
Idea ini tidak sesuai kerana banyak keburukan daripada kebaikan. Dalam dunia yang serba moden ini, banyak informasi atau kaedah terkini yang boleh meransang minda anak-anak melalui telivisyen. Ibu bapa boleh mengurangkan masa anak-anak mereka untuk menonton telivisyen dengan kaedah lain. Contohnya, menyekat rancangan telivisyen yang tidak sesuai ditonton oleh anak-anak. Mereka seharusnya didorong dan dididik untuk menonton rancangan televisyen yang berunsurkan ilmiah  atau pengetahuan berguna kepada mereka.



Soalan B

Aplikasikan CAF keatas cadangan berkongsi kereta ke tempat kerja.

          CAF (Consider All Factors – Mengambil kira Semua Faktor )

Apabila kita terpaksa memilih atau membuat sesuatu, selalunya  terdapat banyak
faktor yang harus  diambil kira.Kita perlu meninjau semua aspek yang terlibat dengan lengkap dan menyeluruh  bagi mengenalpasti sama ada setiap pilihan yang dibuat betul-betul membawa kebaikan.Sekiranya tidak mengambil kira beberapa faktor, pilihan kita mungkin betul pada masa itu tetapi terbukti salah kemudiannya.Apabila meneliti pemikiran orang  lain kita boleh melihat faktor-faktor yang telah tertinggal.

 Dalam  mengaplikasikan  konsep CAF terhadap cadangan berkongsi kereta ke tempat kerja,sememangnya banyak faktor yang harus dipandang  dari segenap sudut, Dalam hal ini,kita boleh melihat kelebihan atau kekurangan cadangan ini dengan cara  membahagikannya dalam beberapa keadaan iaitu berdasarkan faktor-faktor yang perlu diambil kira.







Faktor Sosial

Dari sudut faktor sosial,kita sebenarnya secara tidak langsung dapat merapatkan lagi hubungan silaturrahim dan semangat ukhuwah antara satu sama lain melalui perkongsian kereta.Islam amat menggalakkan penganutnya mengamalkan nilai-nilai murni yang mampu meningkatkan kekukuhan ikatan tali persaudaraan sesama mereka .Selain itu,jika diperhalusi semangat persaudaraan atau kependudukan  tanpa mengira kaum dan agama dapat ditingkatkan kerana masing-masing berusaha untuk ke tempat kerja bersama-sama.Hal ini sebenarnya memberi impak positif kepada kita sebagai  penduduk di negara ini yang mana hidup berbilang bangsa dalam meningkatkan perpaduan dan kerjasama antara satu sama lain.Namun jika dilihat dari sudut yang lain,sebenarnya perkongsian kereta juga sebenanya menggambarkan perwatakan setiap orang yang  mana memberi ruang kepada kita untuk mengenali mereka dengan lebih dekat.Melalui itu juga kita dapat melihat sifat negatif mereka seperti hipokrit dalam berkongsi kenderaan sama ada ikhlas atau tidak yang mana dapat digambarkan melalui gambaran pada wajah mereka.Seterusnya,perasaan curiga juga mungkin sekali berlaku antara satu sama lain ketika berkongsi kereta kerana masing-masing  akan menuding jari kepada yang lain ketika musibah atau kesulitan  menimpa mereka.Sebenarnya yang jelas dapat dilihat  melalui cadangan ini ialah masing-masing tidak mempunyai kebebasan atau privasi ketika berkenderaan kerana terpaksa saling bersetuju dalam memilih atau melakukan apa-apa tindakan.





Faktor  Alam Sekitar dan kesesakan                


Jika dilihat  pada sudut alam sekitar pula,sememangnya cadangan yang diberikan ini mampu untuk mengurangkan kadar pencemaran negara terutama sekali pencemaran bunyi dan udara bawaan kenderaan seperti kereta,lori dan motosikal.Kekurangan kenderaan kesan daripada perkongsian kereta sebenarnya mengurangkan lagi masalah pencemaran ini ke tahap minima.Selain itu,secara tidak langsung ianya dapat menangani masalah kesesakan jalan raya yang melampau terutama sekali waktu puncak.Kekurangan kenderaan yang bergerak di atas jalan raya membolehkan setiap orang dapat melakukan aktiviti rutin harian mereka dengan lancar dan cepat tanpa kekangan masa yang amat terhad dek kesesakan lalu -lintas.Tambahan pula ,kadar kemalangan jalan raya di negara ini dapat dikurangkan dan kebarangkalian berlaku kemalangan akan berkurangan.Melalui kaedah ini sebenarnya dapat membantu negara mengurangkan statistik kematian penduduk.Kesannya, rakyat dapat merasai keselesaan ketika memandu di jalan raya.






Faktor kewangan/keselesaan

Kesan daripada cadangan tersebut sebenarnya membantu setiap pengguna berjimat dalam penggunaan petrol.selain itu,kos bagi penggunaan petrol menjadi rendah kerana masing-masing berkongsi bayaran dalam penggunaan petrol.Sememangnya langkah ini dapat membantu setiap orang berjimat dalam urusan kewangan mereka tanpa mengeluarkan peruntukan yang banyak semata-mata untuk bahan api ini.Namun,jika dilihat dari sudut yang lain sebenarnya memungkinkan penggunaan kenderaan awam dalam kalangan penduduk semakin berkurang dan tidak mendapat sambutan kerana masing-masing berkongsi kereta ke destinasi yang sama yang mana jika dibandingkan lebih baik daripada menggunakan pengangkutan awam.Dari segi keselesaan sememangnya amat mengganggu kerana pertambahan penumpang memadatkan lagi kapasiti ruang yang ada dan membawa ketidakselesaan kepada setiap daripada mereka kerana terpaksa berhimpit ketika di dalam kereta untuk ke tempat kerja.

Konklusinya, setelah dikaji,diteliti,difahami dan diambil kira kesemua faktor yang ada,kita boleh membuat perbandingan yang manakah sebenarnya membawa kepada lebih keuntungan dan kesan yang positif berbanding negatif.Kita juga boleh membuat pertimbangan yang sewajarnya dalam menentukan pilihan terbaik .Setelah diperhalusi,sememangnya cadangan berkongsi kereta ke tempat kerja adalah satu pilihan yang tepat kerana membawa kepada banyak kebaikan kepada semua.



Soalan F :
Jika ibu bapa boleh memilih sifat-sifat guru untuk anak-anak mereka,apakah lima sifat yang paling penting yang perlu dipertimbangkan?Aplikasikan FIP untuk soalan ini.

FIP ( First,Important,Priorities) membawa maksud keutamaan mengikut kepentingan.Alat berfikir ini sebenarnya mengambil kira kesemua perkara penting sahaja dalam menentukan priority (keutamaan) serta mengelakkan perkara yang tidak patut atau kurang penting.Oleh itu,fokus harus diutamakan mengikut tahap kepentingan sesuatu perkara.

Menjadi seorang guru sememangnya memerlukan sifat-sifat yang mana sesuai dengan jiwa seorang pendidik.Sifat-sifat mulia seorang guru yang membawa kepada didikan dari segi sahsiah diri dan akhlak sememangnya amat sesuai untuk dipraktikkan dalam diri setiap insan. Dalam hal ini,pelbagai sifat guru yang boleh dipraktikkan oleh ibu bapa terhadap anak mereka dalam membentuk mereka menjadi anak yang taat dan berguna.




Terdapat pelbagai sifat guru yang boleh dicontohi,antaranya:
Rounded Rectangle: Baik hati               Jujur                     Ikhlas           Amanah            Bertanggungjawab
Berwawasan      Penyabar             Tegas             Berdisiplin           Penyayang
 




Namun,jika dilihat pada kepentingannya,terdapat lima sifat yang harus diberi keutamaan.

Amanah

Sudah menjadi amanah seseorang guru itu untuk menyampaikan imu kepada anak didiknya.Sifat  ini sememangnya tidak boleh lari dari jiwa seorang  guru kerana mereka semestinya sudah diamanahkan untuk melahirkan pelajar-pelajar yang berilmu dan berpengetahuan.Sifat ini sebenarnya satu jaminan kepada seorang guru untuk melaksanakan sesuatu tugasan dengan penuh berdedikasi,tekun dan bersungguh-sungguh.Amanah ini juga sememangnya satu sifat yang mana melahirkan kepercayaan orang lain terhadap seseorang.Jika dilihat pada sudut yang lain,semua orang seharusnya menyemai sifat amanah ini dalam diri mereka kerana kepentingannya dalam mendidik diri menjadi manusia yang benar-benar komited dengan segala apa yang dikerjakan.Selain itu,untuk melahirkan jati diri dalam diri seseorang,besikap  amanah adalah satu perkara yang harus diutamakan.


Penyabar
Bersikap penyabar amatlah penting dalam diri setiap insan untuk membentuk sahsiah terpuji dalam diri.Seorang guru disarankan untuk bersabar dengan kepelbagaian  karenah anak didiknya ketika di sekolah manakala ibu bapa harus bersabar dengan tingkahlaku anak-anak mereka ketika di rumah.Dalam hal ini,sememangnya bersifat penyabar penting dan harus diutamakan untuk melatih diri menerima apa jua kesulitan atau keadaan dengan hati yang  terbuka.

Berdisiplin
Satu lagi sifat yang harus dititikberatkan ialah berdisiplin.Berdisiplin dengan diri sendiri mahupun dengan orang lain semestinya mendidik diri kita menjadi lebih berketrampilan.Bagi seorang guru,disiplin diri amatlah penting untuk menggambarkan jiwa seorang guru yang mana sentiasa patuh dengan masa dan keadaan.Seseorang guru itu merupakan role-model kepada setiap pelajar di sekolah,oleh itu disiplin diri amatlah penting bagi menonjolkan perwatakan yang baik dalam mendidik pelajar secara tidak langsung.






Penyayang
Antara sifat lain yang perlu diutamakan ialah penyayang.Menjadi lumrah manusia untuk mempunyai nilai mulia ini.Mereka yang benar-benar penyayang adalah yang mengasihi semua orang tanpa mengaharapkan balasan.Dalam konteks seorang guru,mereka haruslah menyayangi dan mengganggap anak muridnya persis anak atau adik mereka sendiri untuk merapatkan lagi hubungan disamping menterjemahkan rasa tanggungjawab dalam diri mereka.Seseorang harus bersifat penyayang  untuk disayangi oleh orang lain.

Bertanggungjawab
Setiap pekerjaan yang dilaksanakan seharusnya dipenuhi dengan rasa tanggungjawab yang tinggi dalam diri setiap insan.Seorang guru sememangnya dibebani dengan tanggungjawab yang berat untuk melahirkan pelajar yang celik ilmu pengetahuan.Setiap guru haruslah mempunyai sifat ini agar tiada keciciran pelajar dalam pelajaran ketika di sekolah.Sifat seperti ini sebenarnya mendorong seseorang itu lebih berusaha ke arah pembaikan dalam diri masing-masing.

Setelan membuat kajian,penyelidikan,dan meminta pandangan ibu bapa pihak lain,sememangnya pemilihan sifat-sifat tersebut harus diutamakan atas kepentingannya melebihi sifat yang lain.Selain itu,sifat ini dipilih atas dasar rasionalnya yang yang mana lebih diutamakan berbanding yang lain.
REFLEKSI
Bersyukur  saya kehadrat Ilahi kerana akhirnya dengan  usaha yang berterusan,Kerja Kursus Berasaskan Ilmu  bagi  subjek Kemahiran Berfikir ini dapat saya laksanakan dengan  sempurna dan jayanya.Semestinya pelaksaan tugasan  KKBI ini memberi saya serba sedikit manfaat yang  boleh  diaplikasikan dalam kehidupan harian dan juga sedikit  kesulitan yang  mana secara tidak langsung mematangkan lagi daya pemikiran saya.
Manfaat yang telah saya  perolehi melalui pelaksaan tugasan ini ialah dapat didedahkan dengan  ketujuh-tujuh alat-alat  CoRT yang  mana dapat membantu saya  mengaplikasikannya dalam kehidupan kelak.Sememangnya tugasan yang diberikan ini banyak membantu saya  membuat pilihan dan berfikir dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan.Selain itu,saya dapat didedahkan dengan prinsip-prinsip penyediaan peta minda berpandukan  Tony Buzan.Ianya banyak membantu saya dalam mempermudahkan kefahaman melalui ringkasan peta minda tersebut.Tambahan pula saya di ajar untuk  berdisiplin,bertanggungjawab serta patuh dengan tempoh tugasan yang diberikan agar semua yang dirancang dapat dilaksanakan dengan sempurnanya.
Selain faedah ,saya juga berhadapan dengan sedikit kesulitan yang mana mencacatkan sedikit  proses pelaksanaannya.Antaranya,kekangan masa yang dihadapi kerana terpaksa menghasilkan tugasan yang lain pada waktu yang sama.Namun begitu ianya tidak menghalang saya untuk menghasilkan tugasan ini dengan sempurna dan jayanya.Segala ujian yang terpaksa ditempuhi dalam usaha pelaksanaannya saya hadapi dengan tabah dan sabar.








SOALAN 1














    SOALAN 2

majaz Mursal / مجاز المرسال

المجاز  المرسل

· تعريف المجاز المرسل
·       هو اللفظ المستعمل في غير ما وضع له لعلاقة غير المشابهة ، ويجب أن تكون هناك قرينة تمنع المعنى الأصلي للفظ .
·       أو هو كلمة لها معنى أصلي لكنها تستعمل في معنى آخر على أن يوجد علاقة بين المعنيين دون أن تكون علاقة مشابهة ، وتعرف تلك العلاقة من المعنى الجديد المستخدمة فيه الكلمة .
·       مثال لذلك : " قبضنا على عين من عيون الأعداء" فلفظ "عين " هنا ليس المقصود منها العين الحقيقية وإنما المقصود منها الجاسوس ، و القرينة التي تمنع المعنى الأصلي للفظ هنا أنه لا يمكن القبض على العين فقط دون بقية جسد الجاسوس .

س : لماذا سمي المجاز بالمجاز المرسل ؟
جـ : سمي المجاز بالمجاز المرسل ؛ لأنه غير مقيد بعلاقة واحدة ، كما هو الحال في الاستعارة المقيدة بعلاقة المشابهة فقط ، ولأن علاقاته كثيرة .







تقوم العلاقة بين المعنى الأصلي والمعنى المجازي على علاقات كثيرة متنوعة من أشهرها:

1 )      الكلية
2 )      الجزئية
3 )        المحلّية
4 )      الحاليّة
5 )      السببية
6 )      المسبَّبِيّة
7 )      اعتبار ما كان
8)       اعتبار ما سيكون




الكلية:
عندما نعبر بالكل ونريد الجزء 
قال الله تعالى: (أَوْ كَصَيِّبٍ مِّنَ السَّمَاءِ فِيهِ ظُلُمَاتٌ وَرَعْدٌ وَبَرْقٌ يَجْعَلُونَ أَصْابِعَهُمْ فِي آذَانِهِم مِّنَ الصَّوَاعِقِ حَذَرَ الْمَوْتِ واللّهُ مُحِيطٌ بِالْكافِرِينَ), فذكر الأصابع وأريد جزءاً منها وهو الأنامل فهو مجاز مرسل علاقته الكلية.
 والعلاقة هي الشيء المذكور, فلو ذكر الكل وأريد الجزء كانت العلاقة هي الكلية, وإن ذكر الجزء وأراد الكل كانت العلاقة الجزئية, وإن ذكر السبب وأراد المسبب كانت العلاقة السببية..
 وهكذا ولكن يا ترى ما سر جمال المجاز المرسل في هذه الآية؟, سر جمال المجاز المرسل في هذه الآية هو إبراز مبالغة الكفار في نفورهم من سماع القرآن فكأنهم وضعوا أصابعهم كلها داخل الأذن مبالغة من الله تعالى في كراهيتهم لسماع القرآن وهي مبالغة جميلة تكشف عما في قلوب هؤلاء المنافقين من كره لسماع هذا القرآن العظيم.
 من أجل ذلك عدل اللفظ القرآني من كلمة (أنامل) إلى كلمة (أصابع) طمعاً في المبالغة.

قال تعالى: (يجعلون أصابعهم في آذانهم)
 أصابعهم) مجاز مرسل علاقته الكلية ؛ لأنه عبر بالكل (أصابعهم)وأراد الجزء (أناملهم أي أطراف أصابعهم.



الجزئية:
عندما نعبر بالجزء ونريد الكل 
أي يذكر الجزء ويراد الكل, ويشترط في هذا النوع من المجاز أن يكون الكل مركباً من أجزاء تركيباً حقيقياً وأن يكون الجزء المعبر به له أهمية خاصة بالنسبة للكل
 ومثاله في القرآن قال تعالى: (وجوه يومئذٍ ناعمة)
فقد ذكر الوجه وأريد الجسد كله فهو مجاز مرسل علاقته الجزئية. والغرض البلاغي من هذا المجاز هو. لقد ذكر الله تعالى الوجه وأراد الجسد كله لأن الوجه هو أبرز مناطق الجسم التي يبدو عليها مظاهر النعيم
ولذلك قال تعالى: (تعرف في وجوههم نضرة النعيم)
 ثم إن الوجه عادة وحده الذي يكون مكشوفاً وسائر أضاء الجسد مغطى بالثياب. وقال تعالى:
 (كَلَّا لَئِن لَّمْ يَنتَهِ لَنَسْفَعاً بِالنَّاصِيَةِ* نَاصِيَةٍ كَاذِبَةٍ خَاطِئَةٍ)
 وهذا مجاز مرسل علاقته الجزئية حيث ذكر الجزء (ناصية) وأراد الجسد كله لأن الرأس لا يوصف بالكذب والخطأ إنما الذي يوصف بهما الإنسان كله.. الغرض البلاغي من هذا المجاز. يرجع إلى أن الرأس هي موضع العقل الذي هو موضع الفكر والعقائد والذي يصدر الأوامر لجميع أجزاء الجسم فتستجيب له.
قال تعالى: (فتحرير رقبة مؤمنة)
فكلمة رقبة ) مجاز مرسل علاقته الجزئية ؛ لأنه عبر بالجزء ) الرقبة ) وأراد الكل (الإنسان المؤمن.

المحلّية
عندما نعبر بلفظ المحل ونريد الموجود فيه

أي يذكر المحل ويريد الحال.
قال تعالى: (وَاسْأَلِ الْقَرْيَةَ الَّتِي كُنَّا فِيهَا وَالْعِيْرَ الَّتِي أَقْبَلْنَا فِيهَا وَإِنَّا لَصَادِقُونَ)
 حيث ذكر المحل (القرية) وأراد الحال (سكان القرية) ثم ذكر المحل (العير) وأراد (الحال) ركاب العير على سبيل المجاز المرسل الذي علاقته المحلية.
 وسر جمال هذا المجاز المرسل الاختصار لأن العرب تجنح إلى الإيجاز وتعتبره من قمة البلاغة فما دام السياق يفهم من غير لفظة ما فالأحسن إسقاطها وعدم ذكرها ويسمى هذا الإيجاز إيجاز الحذف.

قال الشاعربلادي وإن جارت عليّ عزيزة وقومي وإن ضنوا عليّ كراما
(فــبلادي) مجاز مرسل علاقته المحلّية ؛ لأنه ذكر البلاد وأراد أهلها فالعلاقة المحلية)






الحاليّة
عندما نعبر بلفظ الحال ونريد المكان نفسه.
حيث يذكر الحال ويريد المحل.

 قال تعالى: (فَفِي رَحْمَةِ اللّهِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ)
حيث ذكر رحمة الله وهي (الحال) وأراد الجنة وهي (المحل), فهذا مجاز مرسل علاقته الحالية ولعل سر جمال هذا المجاز أن تذكر الجنة موصوفة بهذه الصفات الجميلة المشوقة فهي بلا شك أبلغ من أن يقال: (هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ) لأنها هاهنا لم تصف بأي صفة مشوقة.


(إِنَّ الْأبْرَارَ لَفِي نَعِيمٍ )
)فقد استعمل (نعيم) وهو دال على حالهم، وأراد محل ومكان النعيم وهوالجنة.)







السببية
وهي تسمية الشيء باسم سببه ، أو عندما نعبر بالسبب عن المسبَّب.
وهو التعبير بالسبب عن المسبب .
قال تعالى: (الَّذِينَ يَصُدُّونَ عَن سَبِيلِ اللّهِ وَيَبْغُونَهَا عِوَجاً وَهُم بِالآخِرَةِ هُمْ كَافِرُونَ* أُولَـئِكَ لَمْ يَكُونُواْ مُعْجِزِينَ فِي الأَرْضِ وَمَا كَانَ لَهُم مِّن دُونِ اللّهِ مِنْ أَوْلِيَاء يُضَاعَفُ لَهُمُ الْعَذَابُ مَا كَانُواْ يَسْتَطِيعُونَ السَّمْعَ وَمَا كَانُواْ يُبْصِرُونَ)
 هذا مجاز مرسل علاقته السببية حيث ذكر السبب وأراد المسبب, فإن السبب هو (السمع) والمسبب هو القبول والعمل بما يسمع. الغرض البلاغي من هذا المجاز هو المبالغة في إظهار شدة رفضهم للإيمان بالله فهم لا يستطيعون حتى مجرد السمع فما بالكم بالعمل بما فيه الكلام.

رعت الماشية الغيث
المجاز في كلمةالغيث ، فهي في غير معناها الأصلي ؛ لأن الغيث لا يرعى ، وإنما الذي يرعى النبات .
حيث أن الغيث سبب للنبات فعُبِّر بالسبب عن المسبَّب .





المسبَّبِيّة
وهي تسمية الشيء باسم ما تسبب عنه.

قال الراعي يصف راعيا:
ضعيف العصا بادي العروق ترى له          عليها اذا ما اجدب الناس اصبعا
دلوا على اثر المهارة والحذق بالأصبع من قبل انهما لا يظهر ان في عمل اليد الا في حسن التصريف الأصابع وخفة رفعها ووضعها كما يظهر ذلك في الخط والنقش وغير هما من دقائق الصناعات.

قال تعالى : ( هُوَ الَّذِي يُرِيكُمْ آيَاتِهِ وَيُنَزِّلُ لَكُم مِّنَ السَّمَاء رِزْقًا) 
)  المجاز في كلمةرزقًا ، فهي في غير معناها الأصلي ؛ لأن الذي ينزل من السماء المطر وليس الرزق، وعبر بالرزق عن المطر؛ لأن الأول الرزق )متسبب عن الثاني( المطر .






اعتبار ما كان
بأن يستعمل اللفظ الذي وضع للماضي في الحال

أي التعبير بالماضي عن الحاضر
 قال تعالى: (وَآتُواْ الْيَتَامَى أَمْوَالَهُمْ)
 قد عبرت الآية عمن بلغوا سن الرشد بأنهم يتامى وذلك باعتبار ما كان.. والسر في ذلك. وكأن الآية تريد أن توصي من كانوا يتكفلون أمر اليتامى بألا ينفضوا أيديهم ويمهلوهم بمجرد أن يؤتوهم أموالهم وإنما عليهم أن يواصلوا رعايتهم وعنايتهم بهم حتى ينضجوا نضجاً حقيقياً ويكونوا على خبرة بتجارب الحياة.
 وأيضاً الآية تحث الأوصياء على العطف والرحمة بهؤلاء الذين كانوا منذ قليل يتامى فلا تأخذوا من مالهم شيئاً بل ردوه كله إليهم فلفظ اليتامى هاهنا للاستعطاف. مثال آخر:
 قال تعالى: (وَالَّذِينَ يُتَوَفَّوْنَ مِنكُمْ وَيَذَرُونَ أَزْوَاجاً يَتَرَبَّصْنَ بِأَنفُسِهِنَّ أَرْبَعَةَ أَشْهُرٍ وَعَشْراً)
 ذكرت لفظة (ويذرون أزواجاً) رغم أنها ليست زوجة بعد وفاة الزوج لأنها لو كانت زوجة لحرم عليها التزوج بعد موت الزوج ولو تزوجت لكانت قد جمعت بين زوجين ولكن الآية آثرت لفظ (أزواجاً) لحث هذه المرأة على التربص للعدة أربعة أشهر وعشرا فإنها كانت منذ وقت قصير زوجة لذلك الميت فلا يحق لها أن تنسى ذلك وتتزوج قبل مضي العدة فلفظة (أزواجا) تذكير للمرأة بزوجها السابق حتى لا تتعجل وتترك حقه في العدة والحداد عليه.
قال تعالى : ( وآتوا اليتامى أموالهم )
   المجاز في كلمةاليتامى ، فهي في غير معناها الأصلي ؛ لأن اليتيم وهو : من فقد والده قبل الرشد لا يأخذ ماله ، وإنما يأخذ المال عندما يتجاوز سن اليُتْم ويبلغ سن الرشد ، فاستعملت كلمة يتامى وأريد بها الذين كانوا يتامى ، بالنظر إلى حالتهم السابقة.
اعتبار ما سيكون
بأن يستعمل اللفظ الذي وضع للمستقبل في الحال .

أي التعبير بالمستقبل عن الحاضر.
قال تعالى: (فَأَوْجَسَ مِنْهُمْ خِيفَةً قَالُوا لَا تَخَفْ وَبَشَّرُوهُ بِغُلَامٍ عَلِيمٍ)
 لقد بشر الله تعالى نبيه إبراهيم عليه السلام بغلام ووصفه في حال البشارة بما يؤول إليه في المستقبل وهو العلم.. والسر في هذا المجاز المرسل.. لكي تتم البشارة والفرحة أي قد جمع له في البشرى بالولد وأنه سيكون عالماً.

قال تعالى : ( إنَّكَ ميتٌ وإنهم ميتون )
 المجاز في كلمةميتٌ ، فهي في غير معناها الأصلي .
 لأن المخاطب بهذا هو النبيصلى الله عليه وسلم - وقد خوطب بلفظ ميت  وهو لا يزال حيًا بالنظر إلى ما سيصير إليه أي باعتبار ما سيكون.
قال تعالى: (إنّي أراني أعصر خمراً )
أي عصيراً سيتحول إلى الخمر، إذ هو حال العصر لا يكون خمر.



من فوائد هذا المجاز
ثم ان للمجاز المرسل على أنواعه، وكذلك العقلي على أقسامه، فوائد كثيرة:

1)   الإيجاز، فإنّ قوله: (بنى الامير المدينة) أوجز من ذكر البنائين والمهندسين  ونحوهما، ونحوه غيره.

2)   سعة اللفظ، فإنه لو لم يجز إلا (جرى ماء النهر) كان لكلّ معنى تركيباً  واحداً، وهكذا بقيّة التراكيب.

3)   ايراد المعنى في صورة دقيقة مقربة إلى الذهن، إلى غير ذلك من الفوائد البلاغية.








الخلاصة
·      إن لمجاز المرسال كلمة استعملت في غير معناها الأصلي لعلاقة غير المشابهة مع قرينة ما نعة من إرادة المعنى الأصلي:
·      و من هذا الموضوع ,نشاهد و نفهم الذي هنا ثمانية علاقة عن المجاز المرسال





المراجع

http://majdah.maktoob.com/vb/majdah
علوم البلاغة البيان والمعاني والبديع,احمد مصطفى المراغي،بيروت لبنان، 2002م
البلاغة الواضحة،علي